Surah Asy-Syarh الشرح

Terjemahan: Malay Translation - Abdullah Basumayyah

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

أَلَمۡ نَشۡرَحۡ لَكَ صَدۡرَكَ ١

Alam nasyrah laka sadrak

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)?

وَوَضَعۡنَا عَنكَ وِزۡرَكَ ٢

Wawada'nā 'anka wizrak

Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -

ٱلَّذِيٓ أَنقَضَ ظَهۡرَكَ ٣

Alladzī anqada zahrak

Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

وَرَفَعۡنَا لَكَ ذِكۡرَكَ ٤

Warafa'nā laka dzikrak

Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا ٥

Fa inna ma'al-'usri yusrā

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرٗا ٦

Inna ma'al-'usri yusrā

(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

فَإِذَا فَرَغۡتَ فَٱنصَبۡ ٧

Fa idzā faraghta fansab

Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَٱرۡغَب ٨

Wa ilā rabbika farghab

Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Tulisan Rumi ialah bantuan bacaan yang ditulis oleh Qabas daripada teks Arab. Pelajari huruf Arab dan tajwid untuk sebutan yang tepat.

Ayat masyhur

Soalan lazim

Berapakah bilangan ayat dalam Surah Asy-Syarh?

Surah Asy-Syarh mengandungi 8 ayat. Ia ialah surah ke-94 dalam Al-Quran.

Adakah Surah Asy-Syarh Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah Asy-Syarh ialah surah Makkiyyah.

Surah Asy-Syarh terdapat dalam juzuk berapa?

Surah Asy-Syarh terdapat dalam juzuk 30.

Bolehkah saya mendengar Surah Asy-Syarh?

Boleh. Tekan butang main di bahagian atas halaman ini, atau mulakan dari mana-mana ayat. Aplikasi Qabas juga membolehkan anda memuat turunnya untuk didengar secara luar talian.