Surah Ad-Duha الضحى

Terjemahan: Malay Translation - Abdullah Basumayyah

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

وَٱلضُّحَىٰ ١

Wad-duhā

Demi waktu dhuha,

وَٱلَّيۡلِ إِذَا سَجَىٰ ٢

Wallayli idzā sajā

Dan malam apabila ia sunyi-sepi -

مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ ٣

Mā wadda'aka rabbuka wamā qalā

(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).

وَلَلۡأٓخِرَةُ خَيۡرٞ لَّكَ مِنَ ٱلۡأُولَىٰ ٤

Walal'ākhiratu khayrul laka minal-ūlā

Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.

وَلَسَوۡفَ يُعۡطِيكَ رَبُّكَ فَتَرۡضَىٰٓ ٥

Walasawfa yu'tīka rabbuka fatardā

Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.

أَلَمۡ يَجِدۡكَ يَتِيمٗا فَـَٔاوَىٰ ٦

Alam yajidka yatīman fa'āwā

Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?

وَوَجَدَكَ ضَآلّٗا فَهَدَىٰ ٧

Wawajadaka dāllan fahadā

Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?

وَوَجَدَكَ عَآئِلٗا فَأَغۡنَىٰ ٨

Wawajadaka 'ā'ilan fa aghnā

Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?

فَأَمَّا ٱلۡيَتِيمَ فَلَا تَقۡهَرۡ ٩

Fa ammal-yatīma falā taqhar

Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,

وَأَمَّا ٱلسَّآئِلَ فَلَا تَنۡهَرۡ ١٠

Wa ammas-sā'ila falā tanhar

Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;

وَأَمَّا بِنِعۡمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثۡ ١١

Wa ammā bini'mati rabbika fahaddits

Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

Tulisan Rumi ialah bantuan bacaan yang ditulis oleh Qabas daripada teks Arab. Pelajari huruf Arab dan tajwid untuk sebutan yang tepat.

Soalan lazim

Berapakah bilangan ayat dalam Surah Ad-Duha?

Surah Ad-Duha mengandungi 11 ayat. Ia ialah surah ke-93 dalam Al-Quran.

Adakah Surah Ad-Duha Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah Ad-Duha ialah surah Makkiyyah.

Surah Ad-Duha terdapat dalam juzuk berapa?

Surah Ad-Duha terdapat dalam juzuk 30.

Bolehkah saya mendengar Surah Ad-Duha?

Boleh. Tekan butang main di bahagian atas halaman ini, atau mulakan dari mana-mana ayat. Aplikasi Qabas juga membolehkan anda memuat turunnya untuk didengar secara luar talian.