Surah At-Takasur التكاثر

Terjemahan: Malay Translation - Abdullah Basumayyah

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

أَلۡهَىٰكُمُ ٱلتَّكَاثُرُ ١

Alhākumut-takātsur

Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), -

حَتَّىٰ زُرۡتُمُ ٱلۡمَقَابِرَ ٢

Hattā zurtumul-maqābir

Sehingga kamu masuk kubur.

كَلَّا سَوۡفَ تَعۡلَمُونَ ٣

Kallā sawfa ta'lamūn

Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!

ثُمَّ كَلَّا سَوۡفَ تَعۡلَمُونَ ٤

Tsumma kallā sawfa ta'lamūn

Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!

كَلَّا لَوۡ تَعۡلَمُونَ عِلۡمَ ٱلۡيَقِينِ ٥

Kallā law ta'lamūna 'ilmal-yaqīn

Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui - (apa yang kamu akan hadapi) - dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).

لَتَرَوُنَّ ٱلۡجَحِيمَ ٦

Latarawunnal-jahīm

(Ingatlah) demi sesungguhnya! - Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.

ثُمَّ لَتَرَوُنَّهَا عَيۡنَ ٱلۡيَقِينِ ٧

Tsumma latarawunnahā 'aynal-yaqīn

Selepas itu - demi sesungguhnya! - kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!

ثُمَّ لَتُسۡـَٔلُنَّ يَوۡمَئِذٍ عَنِ ٱلنَّعِيمِ ٨

Tsumma latus'alunna yawma'idzin 'anin-na'īm

Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!

Tulisan Rumi ialah bantuan bacaan yang ditulis oleh Qabas daripada teks Arab. Pelajari huruf Arab dan tajwid untuk sebutan yang tepat.

Soalan lazim

Berapakah bilangan ayat dalam Surah At-Takasur?

Surah At-Takasur mengandungi 8 ayat. Ia ialah surah ke-102 dalam Al-Quran.

Adakah Surah At-Takasur Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah At-Takasur ialah surah Makkiyyah.

Surah At-Takasur terdapat dalam juzuk berapa?

Surah At-Takasur terdapat dalam juzuk 30.

Bolehkah saya mendengar Surah At-Takasur?

Boleh. Tekan butang main di bahagian atas halaman ini, atau mulakan dari mana-mana ayat. Aplikasi Qabas juga membolehkan anda memuat turunnya untuk didengar secara luar talian.