Surah Al-Fatihah الفاتحة

Terjemahan: Malay Translation - Abdullah Basumayyah

1:1

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١

Bismillāhir-rahmānir-rahīm

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

1:2

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢

Al-hamdu lillāhi rabbil-'ālamīn

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

1:3

ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣

Ar-rahmānir-rahīm

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

1:4

مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤

Māliki yawmid-dīn

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

1:5

إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥

Iyyāka na'budu wa iyyāka nasta'īn

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

1:6

ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦

Ihdinas-sirātal-mustaqīm

Tunjukilah kami jalan yang lurus.

1:7

صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧

Sirātal-ladzīna an'amta 'alayhim ghayril-maghdūbi 'alayhim walad-dāllīn

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Tulisan Rumi ialah bantuan bacaan yang ditulis oleh Qabas daripada teks Arab. Pelajari huruf Arab dan tajwid untuk sebutan yang tepat.

Soalan lazim

Berapakah bilangan ayat dalam Surah Al-Fatihah?

Surah Al-Fatihah mengandungi 7 ayat. Ia ialah surah ke-1 dalam Al-Quran.

Adakah Surah Al-Fatihah Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah Al-Fatihah ialah surah Makkiyyah.

Surah Al-Fatihah terdapat dalam juzuk berapa?

Surah Al-Fatihah terdapat dalam juzuk 1.

Bolehkah saya mendengar Surah Al-Fatihah?

Boleh. Tekan butang main di bahagian atas halaman ini, atau mulakan dari mana-mana ayat. Aplikasi Qabas juga membolehkan anda memuat turunnya untuk didengar secara luar talian.