Mengenali Islam

Pelajaran 5 daripada 8

Siapakah Nabi Muhammad?

Daripada al-Quran

مَّا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَآ أَحَدٖ مِّن رِّجَالِكُمۡ وَلَٰكِن رَّسُولَ ٱللَّهِ وَخَاتَمَ ٱلنَّبِيِّـۧنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ بِكُلِّ شَيۡءٍ عَلِيمٗا ﴿٤٠﴾

Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Al-Ahzab 33:40Baca dalam al-Quran

وَمَآ أَرۡسَلۡنَٰكَ إِلَّا رَحۡمَةٗ لِّلۡعَٰلَمِينَ ﴿١٠٧﴾

Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.

Al-Anbiya' 21:107Baca dalam al-Quran

وَمَآ أَرۡسَلۡنَٰكَ إِلَّا كَآفَّةٗ لِّلنَّاسِ بَشِيرٗا وَنَذِيرٗا وَلَٰكِنَّ أَكۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعۡلَمُونَ ﴿٢٨﴾

Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).

Saba' 34:28Baca dalam al-Quran

وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٖ ﴿٤﴾

Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.

Al-Qalam 68:4Baca dalam al-Quran

Daripada Sunnah

Daripada ‘Umar bin al-Khattab رضي الله عنه, beliau berkata: Aku mendengar Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: "Janganlah kamu melebih-lebihkanku sebagaimana kaum Nasrani melebih-lebihkan Isa bin Maryam. Sesungguhnya aku hanyalah hamba-Nya, maka katakanlah: Hamba Allah dan Rasul-Nya."

رواه البخاري صحيح HadeethEnc.com
Penjelasan

Nabi ﷺ melarang sikap berlebih-lebihan dan melampaui batas syarak dalam memuji baginda, serta menyifatkan baginda dengan sifat-sifat dan perbuatan-perbuatan khusus milik Allah Taala, atau mendakwa bahawa baginda mengetahui perkara ghaib, atau berdoa kepadanya di samping Allah, sepertimana yang dilakukan oleh kaum Nasrani terhadap Isa bin Maryam AS. qq;';''

Semua pelajaran