Surah Al-Kausar الكوثر

Terjemahan: Malay Translation - Abdullah Basumayyah

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

إِنَّآ أَعۡطَيۡنَٰكَ ٱلۡكَوۡثَرَ ١

Innā a'taynākal-kawtsar

Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ ٢

Fasalli lirabbika wanhar

Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).

إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ ٱلۡأَبۡتَرُ ٣

Inna syāni'aka huwal-abtar

Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).

Tulisan Rumi ialah bantuan bacaan yang ditulis oleh Qabas daripada teks Arab. Pelajari huruf Arab dan tajwid untuk sebutan yang tepat.

Soalan lazim

Berapakah bilangan ayat dalam Surah Al-Kausar?

Surah Al-Kausar mengandungi 3 ayat. Ia ialah surah ke-108 dalam Al-Quran.

Adakah Surah Al-Kausar Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah Al-Kausar ialah surah Makkiyyah.

Surah Al-Kausar terdapat dalam juzuk berapa?

Surah Al-Kausar terdapat dalam juzuk 30.

Bolehkah saya mendengar Surah Al-Kausar?

Boleh. Tekan butang main di bahagian atas halaman ini, atau mulakan dari mana-mana ayat. Aplikasi Qabas juga membolehkan anda memuat turunnya untuk didengar secara luar talian.